بسم الله الرحمن الرحيم
Interaksi Al-Quran dengan sekeliling.
Apabila disebut kesan Al-Quran terhadap hati manusia, memang tidak dapat dinafikan. Sejarah telah mengungkapkanya satu persatu. Tidak hanya kepada hati dan jiwa-jiwa yang beriman bahkan ia juga mengetuk jiwa-jiwa yang kafir. Kesannya, jiwa yang muslim itu bertambah imannya dan jiwa yang kafir itu tunduk kepadanya sebagaimana yang terjadi kepada Umar al-Khattab ataupun jiwa yang kafir itu akur tetapi tetap ingkar sebagaimana yang berlaku kepada Utbah bin Rabi’ah dan Walid bin Al-Mugirah.
Namun, ramai yang tidak mengetahui akan kesan yang ditinggalkan oleh bacaan Al-Quran terhadap benda-benda yang tidak bergerak (al-jamad) seperti air. Teori yang mengatakan benda-benda yang tidak bergerak itu hidup adalah baru bagi abad ini sedangkan dalam islam perkara ini telah disebut lebih 1400 tahun yang lalu melalui ayat dalam surah Al-Isra ayat 44.
" تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِن لاَّ تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيماً غَفُوراً"
“ Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.”
Apa yang ingin disampaikan dalam artikel pendek ini adalah kesan daripada satu penemuan yang dilakukan oleh seorang profesor jepun. Masaru Emoto. Secara ringkasnya, penemuan beliau ialah air akan terkesan dengan kata-kata yang ditujukan kepada kepadanya. Kesan perubahan boleh dilihat pada perubahan zarah-zarah air. Kalau kata-kata itu baik maka zarah-zarah air itu berubah menjadi sangat cantik dan jika kata-kata itu buruk atau kesat maka zarah-zarah akan berubah menjadi sangat tidak cantik.
Jika itu keadaannya, badan kita adalah terdiri daripada 70% air dan jika ia terdedah kepada kata-kata kesat, buruk, dan musik rock serta melalaikan, mungkin itu adalah salah satu sebab mengapa kita sukar untuk mendapat solat yang khusyuk atau payah melakukan kebaikan. Begitu juga bagi para ibu yang mengandung, mereka harus sedar bahawa baby mereka itu diliputi oleh cecair ketika berada dalam perut.
Tetapi jika sebaliknya yang berlaku, jika badan kita, para baby dalam kandungan, air minuman dan makanan kita didedahkan kepada sebaik-baik perkataan, sebenar-benar perbicaraan, dan secantik-cantik perbualan iaitu Kalam Ar-Rahman, Insya Allah pembinaan generasi seperti Jilul Quran pasti akan dipermudahkan.
Namun, apa yang lebih penting adalah pengamalan daripada bacaan semata tetapi alangkah indahnya jika bacaan itu bersalutkan pengamalan dan bersulamkan keikhlasan.
Hasem,
Akademi pengajian islam, universiti malaya.
Video
http://www.youtube.com/watch?v=g763w2FwwKs&feature=related