Sunday, November 22, 2009

:: terus berlari ::

Assalamualaikum wbt


Apa khabar teman diluar sana? Pasti telah lama menanti dan bosan dengan update yang tidak kunjung tiba dalam blog ini. Diri ini memohon maaf tak terhingga atas keadaan blog yang sudah bersarang hampir setahun. Kekusutan urusan dan keterbatasan diri menutup masa untuk sentiasa menarikan jari dalam blog ini. Namun, pikir-pikirku akhir-akhir ini, apalah salahnya menulis sebentar dan melakar buah pikiran dalam tulisan sekadar mengetuk pikiran pembaca. Mungkin ini jadi satu cara menambah beratnya mizan kebaikan dan juga medan training buat diri dalam mengukuhkan ilmu. Ana teringat bicara seorang ikhwah kepada ana diawal tarbiyyah,


"Sesungguhnya da'i ini ibarat pelukis . Jika ia berada dengan masyarakat, ia kan mewarnai mereka. Jika ia berada bersama rakan, ia akan mewarnai mereka. Jika ia berada bersama jiran, ia akan mewarnai mereka. Dimana-mana sahaja ia akan mewarnai mereka"


Pasti! Mewarnai? Bukanlah bermaksud mengambil cat dan mengecat orang lain. Itu bukan da'I namannya, tapi pengecat jahat. Maksud ana ialah kita harus membenarkan firman Allah s.w.t,


"sibgah (celupan) Allah, sibgah (celupan) apa yang lebih baik dari sibgah Allah" (Al-baqarah:138)


Jadi ana dan kita semua bukan jadi pengecat biasa, tetapi pengecat dakwah! Apa tugas pengecat dakwah ini? Pastinya untuk mewarnai sesiapa sahaja disekitarnya dengan sibgah Allah atau warna islam. Ya, warna-warni Alquran dan islam. Sebab itu, ana tergerak insyaAllah kali ini dan ke depan untuk cuba mewarnai melalui alam maya ini. Mungkin alasan sibuk perlu ana letakkan sebagai option terakhir agar jari ini bisa terus menari laju untuk sentiasa cuba bermain dengan warna.



InsyaAllah doakan.Dan mudah-mudahan kita semua dapat mewarna dan terus mewarna hingga dapat mewarnai sebesar-besarnya umat ini. Ibarat warna warni pelangi yang terus melukis senyuman pada sesiapa yang memandangnya. Mungkin ini dulu, sebagai pencetus semula semangat mem'blogging'. Hehe. Sebenarnya, ana bersama beberapa ikhwah sedang wisata di Kuala Terengganu untuk merancang warna-warna yang sesuai buat dakwah ke depan. Tapi hujan luar biasa kat sini. Mohon doa semua ya. Oh ya, mohon maaf juga if ana tak reply kat shoutbox dalam comment sebelum ini. InsyaAllah akan diperbaiki ke depan. Sebelum tamatkan entry ini, sebuah mainan kata buat antum,


Hari ini,

Ku perhati dan meneliti,

Dalam lembutnya titisan hujan,

Insan berbagai ragam dan bicaranya,

Berbagai peribadi dan karenahnya,

Berbagai corak dan warnanya,

Meniti, berjalan dan berlari,

Terus dan tiada hentian,

Seolah dunia ini, tanpa mati.


Entah mengapa,

Sayu dan hampa tatkala melihat mereka,

Seakan kekurangan dan kebuntuan,

Apakah kerabunan mata yang menipu,

Atau realiti dunia yang menyepi.


Ku amati, perlahan dan sendiri,

Ku dapat jawapannya,

Ada kekurangan dan kelemahan,

Sedikit calar pada fitrah insani,

Dalam lebatnya arus duniawi beraksi,

Rupanya warna mereka berkata,

"kami semu , dan kian pudar"


Tahu aku, apa maksudnya,

Hingga hatiku perlahan menyapa,

"ya akhi, ada tugas besar menanti"


* ada orang kata, sajak ana sukar difahami, o_0


Wallahualam. Mari terus mewarnai!

Dengan cinta teratas.