Thursday, September 2, 2010

:: seorang da'i & sang murobbi ::

Ketika setiap insan terlena,

Sang da'I bangkit dengan dayanya yang sedikit,

Ia merenung jauh dengan gelora perasaan,

Ia terpencil kerana keadaannya,

Namun kuat tekad dan tadhiyyahnya,


Entah siapa yang tahu amalnya yang disembunyi,

Entah siapa tahu keazamannya yang tinggi,

Mereka pasti tidak tahu siapa itu sang da'I,


Ketika dakwah mula berkembang,

Sang da'I cuba menolak upayanya,

Cuba bina identiti yang kadang tidak mampu,

Cuba jadi macam-macam buat dakwahnya,

Perlahan dan perlahan ia menapak,

Walau selalu sakit dilanggar ombak,


Ketika sang da'I menjadi murobbi,

Perasaan dan harapannya tinggi,

Matanya sentiasa merenung anak halaqahnya,

Fikirannya sentiasa memikirkan anak halaqahnya,

Jiwanya juga sentiasa merisaukan anak halaqahnya,

Pasti anak halaqahnya dulu dari dirinya,


Kadang, anak halaqahnya futur,

Sang murobbi itu cuba bersungguh menguatkan mereka,

Sepenuh kudrat menabur nasihat,

Sekelumit peluh menatang kasih sayang,

Sehabis masa cuba merapat,

Tetap dan tetap


Kadang, anak halaqahnya meragam,

Ia minta ini dan itu,

Sang murobbi sentiasa melayan dengan senyuman,


Kadang ia merungut,

Sang murobbi perlahan bersabar dan nasihat,

Tetap dengan senyuman,


Kadang ia mengadu,

Hingga tengah malam ia bermesej dan telefon,

Sang murobbi sentiasa komited,

Sabar dan menanam harapan melayan mereka,

Tetap dengan senyuman,


Namun,

Apakah mereka tahu,

Iaitu insan dan anak halaqahnya,

Sang murobbi dan da'I itu,

Waktu malamnya merungut pada Allah,

Kakinya sakit berdiri bertahajud,

Masanya tiada agenda rehat,

Kudratnya selalu sakit-sakit,

Dan jiwanya selalu terguris,

Bahkan hatinya, terkadung sejuta perasaan rahsia


Ketika menunggang motonya,

Ia selalu menutup visor helmetnya,

Bukan kerana takut habuk dan kotoran,

Hanya kerana ia ingin menangis buat pengaduan,

Sepi cuba cari Allah,

Perlahan cuba berbicara dengan Rabbnya,

Cuba letak tekad dan kuatkan sabar,

Agar insan dan anak halaqahnya tidak tahu,

Tetapi Kekasihnya perlu tahu.


Dan sang murobbi itu tetap seperti itu,

Cuba pencar jadi seorang da'I,

Walau ia tahu, dirinya tidak mampu,

Apatah lagi kekeringan daya,

Tapi ia tidak kenal lelah,

Tetap cuba melangkah,

Dan akan terus melangkah.


Kini, ia merenung jauh,

Tiada guna beragam dengan syu'ur,

Kerana masa akan terus berputar,

Dan keyakinannya teguh seperti itu,

Untuk membuka sebuah ruang,

Agar mereka, insan dan mutarabbinya,

Sentiasa terus datang kepadanya,

Berbicara dengannya,

Mengadu padanya,

Berkongsi bersamanya,

Untuk ia terus memakai sebuah lencana,

Sebagai seorang da'I dan sang murobbi.


Dan ia pasti akan tetap seperti itu,

Akan tetap seperti itu,

Akan tetap seperti itu.


Istiqomah!



Nukilan ikhlas,

pecinta dakwah

MT - jam 0200, 30 julai 2010

No comments: