Thursday, October 25, 2007

:: buatmu pejuang ::

hari ini hatiku tergerak menyapa,
tersapa membicara tentangmu,
kerna jiwa ini sudah bosan dengan mainan lakonanmu,
gah berdiri dihadapan manusia,
dengan hebatnya dalil tuhanmu,
dengan main kata-kata seiring dusta,
mencorak insan yang hanya tipuan belaka,
dan nantikanlah suatu masa
dihadapan tuhanmu untuk berbicara..

wahai pengelar pejuang,
kau kata hidupmu kerna yang Atas,
kau bicara cita-citamu syahid dijalanNya,
kau ungkap dirimu, hanya untuk jihad kepadaNya,
namun wahai pengelar pejuang,
angananmu itu kosong belaka,
hanya debu yang berterbangan,
dibawa angin lakonan,
kerna kau sebenarnya patung hidup,
yang berbicarakan kosong,
dengan jiwa yang lompong..

dengarlah pejuang,
tatkala kau hebat bermain dimedanmu,
di saat kau berbicara petah membenarkan hadis Rasulmu,
kau sudah lupa akan dirimu,
membiarkan dirimu terkapai-kapai,
terumbang ambing dibawa kealpaan,
hanya kerna satu hamparan ujian, diberi kabar keduniaan,
hingga kau lentuk dengan bayangan keindahan,
dibuai bisikan si laknat yang durjana,
hingga kau tersujud melayan cinta leka,
membuai si nafsu saat itu menjadi tuhan,
tanpa ingat akan dalilmu jua,
yang kau bicara dahulu,
pada insan yang bernama manusia,
dengan gahnya kau bernama pejuang..
yang sebenarnya hanya sia-sia...

pasang pemikiranmu wahai pelakon kosong,
dalam masa kau petah berbicara mencorak ummat,
dalam masa kau hebat membetulkan kesalahan insan,
dalam masa lidahmu mengatakan aku pejuang,
sedarkah dirimu kau hanya penentang dirimu sendiri,
kau hanyalah insan yang merobek tubuhmu sendiri,
kau hanyalah jiwa yang membunuh jiwamu sendiri,
kerna apa wahai pelakon kosong,
kau hanya pandai berbicara tanpa berbuat,
kata-katamu pada manusia tidak pernah seiring perbuatanmu,
dalil tuhanmu pada manusia tidak mengambarkan dirimu,
kerna wahai pejuang, kau sebenarnya hanyalah seorang pelakon kosong,
yang membodohkan dirimu sendiri,
yang menyumbat hatimu saat mengetahui ayat yang Maha hidup,
iaitu "wahai orang beriman,mengapa kamu berkata,
tetapi kamu tidak melakukan?"

telitikan ini wahai pembunuh diri,
saat tuhanmu mengujimu dengan dunia,
mulalah kau menjadi lupa,
diberi harta, anak dan isteri untuk menghias hidup,
tapi kau jadikan ia tujuan hidup,
kau sudah lupa urusan dakwahmu,
kau terleka dibuai cinta si pesona dunia,
kau termakan dengan harapan si cahaya,
kau tertidur mengejar si harta dunia,
hingga hilang pemikiran dakwahmu,
hingga hilang izzah kehidupan pejuangmu,
apa ini wahai pejuang? inikah perjuanganmu?,
mana letaknya janji-janji manismu?
inikah yang kau katakan cita-citamu?
sungguh Allahlah sebaik-baik pembalas wahai dai,
bukankah firman tuhanmu jelas yang mereka pemfitnah,
kau juga yang sentiasa ingatkan manusia,
tapi kau alpa dengannya,
mengejar mimpi ke arah neraka,
hingga hilang arah ke syurga...

perhatikan ini wahai si penipu diri,
aku bosan dengan jalan layar tipuanmu,
yang pandai menipu manusia dengan lakonanmu,
yang hebat didepan pentas keduniaan,
yang dihadapan insan, teratur sekali ibadahmu,
di hadapan insan, gah sekali dirian solatmu,
di hadapan insan, hebat sekali dalil tuhanmu,
hinggakan si alam juga terpukau melihat lakonanmu,
tapi bila di belakang insan,
mulalah terbuka tembelang si penipu diri,
di belakang insan mula terlerai aturan ibadahmu,
di belakang insan mula hilang kusyuk solatmu,
di belakang insan mula hancur binaan imanmu,
hingga membenarkan kau sebagai pembohong ummat..

dan wahai pengelar pejuang,
wahai pelakon kosong,
wahai penipu diri,
hatiku sentiasa sedih dengan karaktermu,
sering hampa dengan lakonan tipuan dirimu,
sering lemah melihat mainan cinta teratasmu,
hingga terkadang menitis air mata memikirkan dirimu,
yang hanya suratannya indah tapi siratannya punah..

tapi wahai pejuang,
kata-kataku bak bilahan pedang yang tajam dihadapanku,
yang sentiasa menanti untuk menikamku semula,
kerna aku jua wahai pejuang,
adalah sepertimu,
memikul urusan ummat dibahuku,
hingga cukup takut dengan diriku,
andai diri ini hanya menjadi pengelar,
andai diri ini hanya menjadi pelakon,
andai diri ini hanya menjadi penipu diri..

namun wahai pejuang,
aku juga mengetahui fitrahnya insan terleka,
lumrahnya manusia itu pelupa,
tapi itu bukan alasannya, malah sebagai pengingat alpa,
untuk tidak menyamai lagi dengan pengelar itu,
yang hanya pandai mengelar dirinya pejuang,
untuk tidak menyamai lagi dengan pelakon itu,
yang hanya suka berlakon kosong dihadapan manusia,
untuk tidak menyamai lagi dengan penipu itu,
yang hanya hebat menipu diri sendiri,
tapi wahai pencinta kebenaran,
jadikan dirimu bak cahaya suci yang memberi sinar erti pejuang,
jadikan dirimu seperti rama-rama yang menghiasi dihati ummat,
jadikan dirimu seakan manusia yang berdiri teguh,
memandang tepat ke arah syurgaNya,
dengan mengalir darah cinta teratas,
tanpa pernah merasa tempias keduniaan,
sambil berkata...
aku menjual diri ini untukMu, wahai kekasih hati..
saksikan cintaku untuk agamaMu....


ayuh selamatkan ummatmu wahai pejuang...

nukilan,
pecinta dakwah
www.cinta-teratas-011.blogspot.com

Tuesday, October 23, 2007

:: smart education induction camp 07 ::

sesuatu yang dinanti-nantikan setiap tahun..
sesuatu yang luar biasa..
lain dari yang lain..
dengan corak anjakan paradigma diri yang berbeza..
nantikan kehadirannya..


coming soon
SEIC II 2007

mari kita doakan ikhwan wa akhwat sekolah yang mengambil SPM tahun ini..
untuk ikhwah2 sekolah, lepas exam kita santai gi program~ \o/

Friday, October 19, 2007

:: penyakit dakwah 002 ::


Tatkala ku merenung satu persatu perjalanan dakwah dalam hidupku, hatiku mula membangkitkan kerisauan akan suatu waktu yang akan kulalui..suatu ketika yang akan merubah corak gerak hidupku..sesuatu yang agak berlainan..itulah saat dimana ikatan hidupku disimpulkan dengan seorang bidadari syurga..ikatan yang akan ku belai dengan suci dan terindah..ikatan yang biasa tapi unik dengan bicara..

dengan izinMu wahai si pemilik hati, hadirkan sang bidadari untukku...

namun para duat sekalian, sedarkah kalian saat hidupmu bertemankan si belahan jiwa ini, akan hadir dalam hidupmu situasi permasalahan yang lain dari yang lain..saat tertulis kebenaran hampir sempurna agamamu, akan muncul berbagai lorekan ujian yang berbeza..saat kekecewaan mengisi jiwa-jiwa si laknat, akan terbukalah lagi sejuta bisikan laknat oleh si pembunuh iman..sedarkah wahai dai ? dan sedarkan wahai pejuang, hidupmu akan diselaputi sejenis penyakit ?

ikhwan wa akhwat fillah..mengikat cinta memanglah indah..bukan sahaja memutik kesuciaan cahaya malah berbagai kehitaman dalam menegakkan agama mampu dibersihkan semurninya..tambahan pula wahai duat, andai dalam ikatan cintamu itu di serikan lagi dengan kehadiran sang cahaya hati yang bakal mewarisi urusan dakwahmu..tatkala itulah, senyuman pasti terukir dalam hati si kumbang dan si bunga yang memang ternanti-nantikan lahirnya sang cahaya hati..dan saat inilah, apabila dirimu bergelar seorang abi atau seorang ummi, pikulan urusan dakwah dan keluarga akan makin memberatkan bahumu..ketika inilah bisikan si laknat agar sejenis penyakit mengalir tepat ke dalam hatimu akan kedengaran..dan ketika inilah duat, kewaspadaanmu perlu kuat, keimananmu perlu kukuh dan cinta ikatan teratasmu perlu sentiasa di perbaharui serta dibelai kemas..ayuh para dai, kita bicarakan penyakit ini..
mari kita sama-sama merenung firman Allah SWT dalam alquran...

[ to be continued..nantikan sambungannya..penyakit dakwah 001 da complete, leh baca..sori lame x update..busy dengan urusan dakwah dan dunia yang membosankan..ayuh julang tinggi dakwah!! ]



Friday, September 21, 2007

:: penyulam cinta ::


seorang wanita,
bermahkotakan ibu,
berpakaiankan ayu dan peduli,
berhiaskan rantai ikatan jiwa,
berikatkan tali ikatan cinta,
dalam hari dan hari,
dari masa dan masa,
perlahan menyimpul tautan itu,
kerna tautan itu,
tautan darah dan akidah,
tautan rahmat dari Allah..

aku merenung kembali,
tautan dan mahkota mu itu,
timbul sebak di sudut ini,
bagaimana personaliti hitamku waktu dulu,
bagaimana bodohnya perlakuan lakonan nafsu,
bagaimana jahil si pembantah lalu,
apalah daya wahai ibu,
aku masih belajar kenal alam,
masih merangkak dalam kelam,
masih cuba jadi hebat,
sampai terkadang aku lupa pada yang atas,
bahwa dibawah ada satu tautan,
dibawah masih ada dirimu..

namun ibu,
detik dan saat,
aku cuba untuk berubah,
cuba jadi seperti mauan mu,
cuba kenal tautan simpulan mu,
cuba berlari terus ke langit,
laju dan tiada henti,
tanpa kenal rasa payah dan susah,

tapi..maafkan diriku ibu..
aku bukan seperti harapanmu,
tidak selalu ada disisimu,
tidak selalu menjadi penghiburmu,
tidak selalu membawa berita kejayaanku,
tidak jua memgikut nasihatmu..

walaupun itu wahai ibu tercinta,
kelemahanku itu bukan erti ingkarku,
kelemahanku itu bukan jua kelalaianku,
cuma, keterbatasan diriku sebagai manusia,
kerna tugasan dibahuku wahai ibu,
adalah lebih besar untuk dibawa,
tugasan dibahuku ini bukanlah tugasan biasa,
tugasan atasku ini,,
adalah tugasan ummat dan dakwah..

ketahuilah wahai pemilik mahkota,
dalam keterbatasan ini,
aku masih cuba dan terus mencuba,
menjadi seperti mauman,
berusaha mencapai harapanmu,
demi menjadi putra penghias hatimu..

dan ingatlah wahai pemilik tautan,
mungkin terkadang engkau lupa,
pada sesuatu yang amat berharga,
satu untaian yang suci,
suatu untaian yang memancar kekuatan,
untaian yang jarang dihadirkan,
oleh jiwa-jiwa putra dan putri,
untaian yang sering diabai alpa,
untaian yang suci dan terapi,
tak siapa menyedari rapi..

dan ibu,
untaian inilah yang aku ulit dengan indah,
untaian inilah yang aku cuba ukir dihatiku,
untaian inilah,
yang aku bina dengan penuh rasa cinta,
dan untaian inilah wahai ibu,
yang sentiasa aku ikat dengan tautanmu,
untaian inilah wahai ibu,
aku simpul matikan dengan tautan cintamu,
dan untaian inilah wahai ibu,
sama kukuh dan kuat dengan tautan kasihmu..

dan duhai ibu,
ketahuilah,
untaian inilah doa dan perhatianku padamu,
untaian inilah rasa cinta tersuciku padamu,
untaian inilah ibu, zahirnya biasa,
siratannya luar biasa,
hebat dengan ciri kekuatan yang sendiri..

aku ingin engkau tahu ibu,
dengan untaian inilah,
walau aku tidak selalu disisimu,
aku sentiasa mendoa dan mengingatimu,
walau aku tidak selalu menjadi penghiburmu,
aku sentiasa merindui dan mencintaimu,
walau aku tidak selalu membawa
kejayaan untukmu,
aku masih sentiasa tetap,
didalam tahajudku,
didalam sujudku,
pagi dan malam,
saat dan detik,
mengingati, merindui dan mencintaimu..

dan terakhir dariku ibu,
jika belum pernah engkau dengar,
ucapan terima kasih ku,
ketahuilah doaku ini,
wahai penyulam cinta,
moga tuhan menyayangimu,
sepertimana engkau mengasihiku,
dari dulu hingga kini,
untuk selama-lamanya..

selamat hari lahir buat penyulam cinta ^_^


sentiasa berusaha menjadi soleh,
nukilan anakmu,
pecinta dakwah

- september 2007 -

Friday, July 13, 2007

:: penyakit dakwah 001 ::

Fikiran aku kembali memikirkan peringatan yang sering bermain dihatiku. Peringatan agar tidak terjerumus dalam penyakit hati seorang dai. Penyakit yang sering terjadi dalam jiwa para dai zaman ini. Penyakit yang sering merosakkan peribadi seorang dai. Iaitu, penyakit 'melihat kemungkaran itu suatu benda biasa'. Apakah ini yang sepatutnya ada dalam diri dai ?

Hatiku terus berbicara lagi…persoalan-persoalan mengingatkan diri, timbul dihatiku..bukankah perempuan yang tidak menutup aurat itu biasa ? bukankah lelaki dan perempuan couple jalan berdua-dua itu biasa ? bukankah manusia yang membuat kerosakan itu biasa ? Bukankah orang kafir yang berjalan seolah-olah tidak memakai apa itu biasa ? Bukankah saat kita menonton televisyen yang kelihatan perempuan menayangkan rambutnya itu biasa ? Bukankah saat kita melihat perlawanan bola sepak yang pemainnya membuka aurat itu biasa ? Itulah yang sering hadir didalam diri seorang dai zaman ini iaitu “kebiasaan”. Dan ini jua yang pernah menjadi penyakit dalam diriku suatu ketika dahulu. Namun, kebiasaan ini telah aku tangkiskan dengan perbicaraan hati menegaskan inilah sebenarnya kemungkaran. Inilah maksiat menentang Allah.

Wahai para dai sekalian, mungkin ada dalam diri kita sifat memandang kebiasaan ini. Mungkin andai berjalan-jalan di tengah bandar mungkin akan timbul didalam hati kita bahawa remaja-remaja islam yang berjalan berdua berpegangan tangan, yang berpelukan, yang bermesra bersama adalah kebiasaan. Mungkin andai melihat orang-orang cina dan india memakai separuh bogel adalah kebiasaan. Mungkin andai melihat saudara perempuan seislam kita yang menayangkan rambut, memakai baju ketat, memakai skirt adalah kebiasaaan. Mungkin andai melihat saudara lelaki seislam kita yang tidak menutup aurat adalah kebiasaan. Malahan bukan sahaja di tengah bandar, fenomena ini lebih jelas menular di universiti. Segala-galanya hanya timbul dalam diri kita ialah kebiasaan. Apakah ini yang sepatutnya ada dalam dirimu wahai para dai ?. Ayuh, ikhwah yang dicintai, bukan ini yang patut ada, bukan ini yang patut hadir dihatimu. Sebaliknya adalah kebencian yang mendalam, inilah kemungkaran. Inilah kemaksiatan dan inilah penentangan terhadap hukum Allah. Pergilah mencegahnya dengan cara yang cukup berhikmah, andai tidak mampu cukuplah dengan kebencian. Ingatlah akhi, dalam menjadi seorang dai yang memikul risalah suci, bukanlah suatu yang mudah. Andai perkara sekecil ini kita tidak memandang berat, apatah lagi perkara yang besar.
Teringatku sebuah penafsiran sebuah hadith yang berbunyi,

“Barangsiapa melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan (kekuasaan), barangsiapa tidak mampu, ubahlah dengan mulut, andai tidak mampu, ubahlah dengan hati, dan sesungguhnya itulah selemah-lemah iman”

Ibnu Taimiyyah mengatakan didalam hadith ini mengatakan sesungguhnya pengubahan melalui hati adalah selemah-lemah iman, maka andai seseorang melihat kemungkaran dan tidak ada rasa benci terhadapnya, maka imannya ketika itu tiada.

Nauzubillahi min zalik. Moga dijauhkan dari diri kita sebagai seorang dai. Harap yang wujud didalam diri kita yang sebenarnya ialah, saat kita melihat kemungkaran ini berleluasa, iman kita mampu menyapa, mengetuk fikiran biasa kita, bahawa inilah kemungkaran, inilah penentangan terhadap islam, inilah penentangan terhadap Allah!!. Wujudkan rasa benci yang mendalam terhadap kemungkaran. Bukankah seorang dai itu menyampaikan kebenaran ilahi? Namun, andai melihat kemungkaran sekali pun, masih tidak wujud rasa benci terhadapnya, ketuklah hati kita, dan bertanyalah "Adakah benar diriku seorang dai? "

Kerna itu wahai duat sekalian, perancangan durjana kafir laknatullah cukup hebat. Masakan kita didalam kehidupan di atas bumi Allah seolah-olah sudah hampir terikut sama dengan arus perancangan mereka ini. Lihat sahajalah disekitar kita, bukankah budaya dan corak kehidupan dari serangan pemikiran si kafir ini telah mengubah masyarakat dunia. Usah lihat pada faktor besar seperti negara-negara besar arab yang memang jelas menjadi dalang kehancuran islam, lihatlah kepada keluarga kita sendiri. Lihatlah bagaimana hiburan itu seolah-olah sudah lali dengan mereka. Lihat bagaimana ghuzwul fikr yang dibawa melalui televisyen yang cukup membahayakan. Lihat bagaimana pengenalan pergaulan barat antara lelaki dan perempuan. Lihatlah bagaimana lagu-lagu barat yang merosakkan iman dan jiwa seorang muslim. Lihatlah bagaimana di tanam dihati-hati seorang islam dengan corak kehidupan barat yang menghancurkan. Lihat jua bagaiamana kesan rancangan kafir laknatullah ini hinggakan orang islam dinegara hanya tinggal nama sahaja..Sedarlah wahai para dai, mainan si penempah neraka inilah sebenarnya punca penyakit "kebiasaaan" ini.

Renunglah bagaimana serangan pemikiran dilakukan si laknat ini hinggakan kita sebagai dai sekali pun terkena sisanya hingga kita memandang kemaksiatan sebagai kebiasaan. Bukankah telah jelas firman Allah bahawa si laknat ini pasti tak pernah berhenti menghancurkan islam..

"Dan orang-orang yahudi dan nasara tidak akan rela terhadapmu selagi kamu tidak mengikuti agama mereka.." (al-baqarah:120)

"Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah.." (as-shaff:8)

Untuk itu wahai para dai sekalian, perkukuhkan imanmu. Usah biarkan mainan kafir ini jua mempengaruhi mu. Perkemaskan langkah kaki mu di dunia ini sebagai seorang dai. Tatkala melihat kemungkaran, perteguhkan imanmu. Tatkala berhadapan dengan serangan pemikiran ini, selamatkanlah dirimu dan jua jiwa-jiwa islam yang turut terlibat. Jaga setiap gerak gerimu sebagai dai kerna dai itu ibarat cahaya yang sering memancarkan sinar. Dan perbisikkan imanmu tatkala melihat manusia membuat mungkar dengan mengatakan,

“ya Allah, ini adalah kemungkaran dan aku tidak menyukainya. Ampunkanlah ia dan berilah hidayah kepadanya"

Dan selalu ingat wahai para dai, cuba jauhi medium-medium pembawa serangan pemikiran si laknatullah ini dan jagalah pandangan mata kita selalu dari terlibat dengan perkara maksiat yang merosakkan iman. Tidakkah firman Allah itu jelas dalam surah An-Nur ayat ke 30 & 31. . Jagalah diri kita dari menonton muvi ataupun drama yang tidak bermanfaat, bahkan seandainya siaran televisyen sekali pun. Elakkan diri dari mendengar lagu-lagu barat yang merosakkan diri. Jelas apa yang dikatakan Rasulullah dalam hadis,

"Daripada kesempurnaan islam seseorang itu ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya " (Hadis al-Tarmizi: Hasan)

Ayuh ikhwan wa akhwat, perkemas langkah mu wahai pejuang. Jadikanlah al-quran itu pakaian diri. Moga-moga kita sentiasa berada di bawah cintanya tuhan yang Maha Sempurna..

tulisan,
pecinta dakwah
- seorang manusia, hamba Allah, pecinta dakwah -



Wednesday, May 23, 2007

:: mentarbiyyah diri v.1 ::

termenung aku memikirkan...cuba jauh menghalusi perasaan..mencari dan mendalami..suatu titik kekuatan seorang mukmin yang berlari di pentas dunia dengan risalah suci..berlari dengan kukuh tanpa kenal putus asa walau dikelilingi kemungkaran...berlari dengan pantas tanpa cuba berhenti di tengah kefasikan manusia...terketuk pintu hatiku, kuasa apakah yang mampu mengukuhkan iman mereka?...kekuatan apakah yang menjadikan mereka sentiasa berasa taqwa dan bersemangat..keajaiban apakah menjadikan mereka untuk terus melangkah?

marilah ikhwah sekalian..kita melihat satu sudut kekuatan luar biasa yang dihadirkan mereka ini..sebuah kekuatan yang menjadi sumber untuk mereka terus berjalan dan terus berlari di arena dakwah walau dimedan yang kuat kemungkarannya...kekuatan dan rahsia apakah itu? inilah sebenarnya yang disebut sebagai tarbiyyah dzatiyyah..subahanallah, inilah dimana diri mentarbiyyah diri...bukankah itu sesuatu yang luar biasa...tidakkah tarbiyyah itu memerlukan platform manusia sebagai penyampai ?...tidakkah tarbiyyah itu dihadirkan dengan manusia yang saling gantung-bergantung ?...namun akhi, inilah jua method tarbiyyah yang cukup hebat...mengapa perlu berdakwah dan mentarbiyyah manusia sedangkan diri pada phase yang jauh dari Allah...mengapa perlu susah payah bangkit mengharugi jalan dakwah, sedangkan diri sendiri dilupakan...

" Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? " (Al-Baqarah:44)

jadi, bersamalah kita meneliti sudut kekuatan ini, agar dalam diri tidak akan wujud lagi perasaan 'down' dan jua kelemahan iman yang keterlaluan..

sahabat perjuangan yang ku cintai...kekuatan tarbiyyah dzatiyyah ini sebenarnya dapat menjadikan seorang dai itu mampu bertahan walaupun berada di medan dakwah yang kemungkarannya berleluasa, biah yang cukup menekan iman dan malahan ketika ketiadaan halaqah atau usrah sebagai method lain mentarbiyyah diri...tambahan lagi, inilah sebenarnya yang perlu ada dalam diri dai ketika kekosongan, kekurangan kerja dakwah...untuk itu, ana bawakan kepada sahabat sekalian method pertama tarbiyyah dzatiyyah ini...

1. Al-quran itu mentarbiyyah hati

"Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (al-quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (al-a'raf:52)

Ikhwafillah, inilah sebuah kitab sebagai petunjuk dan rahmat untuk orang beriman yang memberi kekuatan yang cukup hebat..kekuasaan pengaruh Al-quran ini cukup luar biasa hingga ia menghidupkan hidup orang beriman untuk tunduk kepada Allah..

Lihatlah bagaimana tatkala dalam sebuah kisah..



bersama dengan itu, ingin ana membawa antum mengenali sumber kekuatan iman yang besar ini dengan ciri dan method yang paling sesuai... [to be continued]

Tuesday, May 22, 2007

:: tiada kenal erti penat ::

Terdetik sepotong ayat al-quran hadir dihatiku..aku menghayatinya..

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka....dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (at-taubah:111)

subahanallah..hatiku terkadang hiba..menangis melihat pergorbanan para-para dai ini..amat mulia peribadi mereka dengan menjalankan dakwah..mereka bertungkus lumus menjual diri dan hartanya hanya kerana Allah dan agamaNya..menjadikan segala-galanya hanya untuk dakwah..mengorbankan segala yang indah disisinya untuk menaikkan agama islam..siapakah yang lebih mulia dari mereka yang menyeru kepada Allah ?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" (al-fushsilat:33)

tetapi mengapakah manusia itu tidak melihat pengorbanan mereka ini ?...menolak dakwah mereka tanpa kenal perasaan penat dan sedih..menbenci dan melontarkan kata-kata yang tidak sepatutnya...bersabarlah wahai para pejuang Allah sekalian...sudah lumrah berdakwah itu sesuatu yang rumit..bukankah telah dikatakan dalam alquran penyeruan dakwah itu adalah sesuatu yang amat sukar,

"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan Allah : "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." (at-taubah:42)

malahan andai ia cukup mudah, masakan Rasulullah sanggup mengatakan:

"seandainya diletakkan matahari disebelah tangan kananku, dan bulan ditangan kiriku..pasti aku tidak akan meninggalkannya melainkan aku menang dengannya, atau aku mati kerananya"

marilah para dai yang cukup mulia bangkit tanpa kenal rasa sedih dan duka..melangkah terus maju dengan memegang alquran dan sunnah..menjadikan tahajud sumber kekuatan diri..menanam erti kegagahan dengan alunan kitab suci yang mengalir dalam darah..berlari dalam layar kehidupan dengan wangian syurga disisi..insyaAllah kemenangan itu adalah benar dan pasti..bersabarlah...

namun...dalam menetap kesabaran di hati...seringkali diri kita ini diuji dengan bermacam-macam ujian..apalah daya bagi seorang manusia yang fitrahnya masih kenal perasaan sedih, penat, dan jua derita...untuk itu, ana bawakan sedikit layar kehidupan seorang ikhwah yang bergelumang dengan kerja-kerja dakwah..moga ia menjadi pembakar semangat dakwah kita lagi, insyaAllah..


Hujung minggu lepas saja azhar (bukan nama sebenar) sudah penuh dengan urusan dakwah...
seusai 3rd paper final sabtu lepas, aku balik ke bilik dan ber'chatting' dengan akhi farhan (bukan nama sebenar)..

azhar : salam akh..antum kata nak turun sekolah agama said kamil..jadi tak?
farhan : ermm..budak sekolah tu tak nak la pulak..ada dorg bagi alasan 'time' tu ibu bapa melawat..ish..
azhar : sabar je akh..biasalah tu, budak2 lagikan..bukan kita leh expect tinggi sangat pun..susah nak pahamkan mereka dengan dakwah ni
farhan : hmm, pendapat antum pulak macam mana, ana nak kene turun ke ?
azhar : ana tak tau la..ikut antum la..sebab antum lebih paham level dorg..kalo antum rasa dorg level agak tinggi, bagi ana, push je dorang ni
farhan : tu la pasal..tapi dorg ni biasa-biasa je lagi..camtu, ana tak turun la jawabnya
azhar : camtu, takpe la..insyaAllah slow-slow dengan mereka ni
farhan : insyaAllah..jadi, antum pulak turun mrsm balai baru tak?
azhar : hehe..tu la..ana pun sama macam kes antum..dorang tak contact ana pun lagi..sepatutnya tiap-tiap malam khamis dorang contact, tapi kali ni tak pulak..busy exam agaknya..tapi..insyaAllah ana turun gak..
farhan : owh..kalau camtu ana ikut antum la..kita ziarah said kamil kejap jela k
azhar : ok gak..tapi..ana naik moto tau
farhan : ala..naik basikal pun tak apa...
azhar : huhu, naik basikal ? jauh tu..
farhan : hehe...jadi, nak gerak kul bape ni?
azhar : hmm..11.15 la..ana nak dhuha jap
azhar : ok

subahanallah..hatiku tertarik dengan pengorbanannya...akh farhan adalah salah seorang ikhwah yang se'lecture' denganku..cukup mulia akhlaknya..hebat sungguh pengorbanannya...turun ke mrsm balai lepas semata-mata hanya untuk ziarah..dengan basikal pun boleh jadi jugak (tersenyum hatiku tika itu)...moga Allah memberkati kehidupannya sebagai dai..

seusai dhuha, kami bergegas ke kl..singgah mengisi halaqah di said kamil,alhamdulillah dakwah berjalan dengan baik disana..tapi malangnya, minyak abes pula tengah jalan..terpaksa menolak moto..namun segalanya dimudahkan Allah, stesen minyaknya tidaklah jauh mana..kemudian, dari sek said kamil, kami ke mrsm balai lepas...secara tak dirancang, akh farhan mengisi ceramah maghrib..segalanya berjalan dengan lancar, selesai urusan, kami terus bergegas pulang ke universiti..dalam perjalanan pulang, diatas motor, hatiku timbul perasaan risau...

"hujan agak lebat ni, takut-takut tidak berkesempatan pula kami mengejar majlis makan dengan junior...alhamdulillah, dengarnya dakwah di bahagian universiti cukup subur...nak jugak aku menemui muka-muka baru yang bakal memikul dakwah ini...moga Allah terus mengukuhkan hati mereka dengan cinta dan imannya"

terus aku memecut motoku laju meredah hujan walau didalam diri cukup letih sekali..tiba di universiti, majlis sudah pun habis..tapi alhamdulillah masih ada makanan yang ditinggalkan..

"afwan akhi..ana tak sempat nak bantu antum masak," kataku kepada akhi faizal (bukan nama sebenar) sambil melemparkan senyuman.
"owh..tak apa..ana ok jer..tu ada ayam kat dalam mangkuk tu," balas akh faizal.
"alhamdulillah..eh, ayam jer ke?" kataku bergurau.
"afwan..yang lain dah abes.." kata faizal dengan nada sedih.
"hu..tak apa laa..ana gurau jer..hehe,"
"berapa ramai junior datang tadi ?," tanyaku.
"20 lebih kot,"
"alhamdulillah, moga Allah kukuhkan mereka di jalan ini," bisik hatiku.
"antum datang mabit junior malam ni tak ?..kalau penat sangat, datang futsal dengan junior esok je la"
"insyaAllah ana datang malam ni.."

sungguh mulia peribadi dai..akh faizal terkenal dengan peramahnya..agak comel juga orangnya..tapi kerja dakwah sentiasa menjadi tujuan utama dalam dirinya..
"moga Allah berikan syurga untuk kami bersama...,"bisik hatiku tersentuh dengan muka penatnya itu.

di masjid, tidak sempat aku ingin berborak-borak dengan muka-muka dai-dai baru..sebaliknya, aku terus terbaring kepenatan..melayan tidur yang cukup merehatkan...dibuai mimpi hinggalah pagi..

"akh..akh...bangun tahajud" kata salah seorang ikhwah mengejutku tahajud.

mataku perlahan terbuka..sayup-sayup..ku cuba untuk bangun tapi tak terdaya..

"akh...bangun-bangun..tahajud,"

aku tersedar kembali..kali ini bukan suara yang tadi..mungkin da lambat agaknya sampai kene kejut lagi..kali ini aku terus memaksa diriku bangkit...alhamdulillah dengan kudrat yang ada masih mampu..aku melihat jam..

"4 lebih..Alhamdulillah, sempat mandi lagi ni," bisik hatiku.

selepas mandi..aku mendirikan tahajud...SubahanAllah, Maha Suci Allah...dalam tahajjud aku merasakan kekuatan yang luar biasa..aku mampu merasakan kehadiran kekasihku didalam solat..kerapatan didalam sujud yang cukup memberi ketenangan hingga hilang rasa penat aku tadi..

"SubahanAllah..siapalah yang dapat menjadikan diriku untuk bangkit memikul kerja dakwah ini melainkanMu..moga Allah menguatkan ikatan tali cinta kita wahai kekasih hati..," bisik hatiku mengalirkan air mata.

selesai tahajud...selesai subuh berjamaah...selesai futsal...aku terus terbaring kepenatan diatas katil..tiba-tiba, aku lihat ada mesej dihandphoneku..

"salam..akh, antum ada urusan tak ? dalam kul 12 kita ke smka raja ahmad..ok?"

terus terasa lemah diri ini...hatiku berbolak balik,

"esok masih ada paper final..pagi pulak tu..tak baca sangat lagi ni..hmm..dah la penat..camna ni?"

"akhi..antum tak leh camni..smka raja ahmad tu da lama hold..kalau tunggu minggu depan..pelajar da balik cuti..nak layan malas sampai bila dakwah tak gerak..esoknya paper, kan leh baca malam nanti..jangan risau..senang je paper tu kan,"berkata imanku di dalam hati..

sememangnya hatiku sering hadir dengan dua perasaan..satunya aku tahu ia bisikan iman..dan satu lagi aku jua tahu ianya bisikan syaitan dan hawa nafsu..

terngiang di hatiku ayat quran,

"Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (muhammad:7)

alhamdulillah aku tabahkan hati untuk memikul tugas ini..kali ini, aku bawak sekali note yang telah aku tulis..mana tau, ada masa lapang disana, leh baca..sampai di smka raja ahmad, terus kami membuat halaqah ringkas..malangnya respon tidak begitu baik..dua orang yang hadir dan kelihatan agak tidak stabil, seolah-olah seperti halaqah ini buang masa sahaja bagi mereka..tapi tak mengapa..Allah Maha Mengetahui segalanya...

waktu malam pun tiba..aku agak letih untuk membaca paper untuk esoknya..tetapi aku kuatkan hati untuk menelaah sedikit sebanyak..perlahan aku melihat satu persatu lecture note didalam komputerku..sesekali aku terhenguk-henguk tertidur..tapi aku masih tabahkan diri untuk membaca..malangnya, badanku terasa terlalu penat sangat...aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 11.55pm...

"kenapalah penat sangat ni..mungkin sebab naik moto ada pembonceng kot..sebelum ni, turun ke kl naik moto jarang bawak orang..huh," keluhku.
"ermm..nak kene tido gak ni..penat sangat ni..tak leh jadi...insyaAllah sok pas subuh masih leh baca lagi," bisik hatiku lagi.

aku pun melabuhkan badanku diatas lantai..harap-harap tidur di atas lantai tidaklah terlalu selesa sampai tidak bangun tahajud..keesokkan paginya, di dalam dewan peperiksaan...

tiba-tiba...fikiranku seperti blank..soalan yang kulihat semuanya senang tetapi entah mengapa tidak boleh jawab dengan baik...aku memandang sekeliling, melihat semuanya sedang khusyuk menjawab soalan..

"mesti idea tercurah-curah kuar ni sampai khusyuk sangat...soalan senang lagi pun..," bisik hatiku.

aku terus menjawab apa yang lintas difikiranku..mungkin kepenatanku yang tidak hilang lagi menyebabkan otakku tidak mahu berfikir sangat...namun, itu tidak mengapa..aku hanya terus menjawab sampai habis waktu...

"camna paper tadi ? ok ?," tanya memberku didepan meja.
"ermm...ok jela," jawabku perlahan.

"entahla..kenapa lah soalan camtu senang, aku tak leh buat..bukannya complex pun..mungkin banyak dosaku padaNya..moga Allah mengampuni segala dosaku..."
"tapi tak apa akhi..kalau ada rezeki insyaAllah antum leh dapat tinggi..tak ada, kurang sikit la kot insyaAllah..jangan risau la k" bisik hatiku seorangan.

terketuk pintu hatiku dengan sepotong ayat al-quran,

"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-baqarah:216)

Mungkin Allah lebih mengetahui...
hati ku berbisik lagi "god works in miracle ways"

alhamdulillah..aku bersyukur kepada Allah hidupku penuh dengan tugasan dakwah..setiap hari tidak pernah berhenti semangatku untuk menegakkan agamaNya yang kian luntur..walaupun terkadang hingga menyebabkan perlunya mengorbankan studi, tapi itu tidak pernah menghentikan diriku untuk kenal erti putus asa...setiap manusia pasti akan diuji..usah rasa lemah wahai para dai sekalian..wahai ikhwah yang kucintai..berada dijalan yang payah ini memerlukan ketabahan dan kekuatan...ayuh berjalan dengan megah kerana engkau dimuliakan..syurga menantimu dihadapan...mari kita lumatkan kemungkaran sampai yang haq itu tertegak di atas tempatnya...mari kita bersama kukuhkan saf-saf dakwah atas dasar iman dan taqwa...usah bersedih dan teruskanlah berdakwah...teruskanlah berdakwah tanpa kenal erti penat...tanpa kenal erti penat...

- selasa | 22/05/07 | 02:48 pm -