Friday, July 13, 2007

:: penyakit dakwah 001 ::

Fikiran aku kembali memikirkan peringatan yang sering bermain dihatiku. Peringatan agar tidak terjerumus dalam penyakit hati seorang dai. Penyakit yang sering terjadi dalam jiwa para dai zaman ini. Penyakit yang sering merosakkan peribadi seorang dai. Iaitu, penyakit 'melihat kemungkaran itu suatu benda biasa'. Apakah ini yang sepatutnya ada dalam diri dai ?

Hatiku terus berbicara lagi…persoalan-persoalan mengingatkan diri, timbul dihatiku..bukankah perempuan yang tidak menutup aurat itu biasa ? bukankah lelaki dan perempuan couple jalan berdua-dua itu biasa ? bukankah manusia yang membuat kerosakan itu biasa ? Bukankah orang kafir yang berjalan seolah-olah tidak memakai apa itu biasa ? Bukankah saat kita menonton televisyen yang kelihatan perempuan menayangkan rambutnya itu biasa ? Bukankah saat kita melihat perlawanan bola sepak yang pemainnya membuka aurat itu biasa ? Itulah yang sering hadir didalam diri seorang dai zaman ini iaitu “kebiasaan”. Dan ini jua yang pernah menjadi penyakit dalam diriku suatu ketika dahulu. Namun, kebiasaan ini telah aku tangkiskan dengan perbicaraan hati menegaskan inilah sebenarnya kemungkaran. Inilah maksiat menentang Allah.

Wahai para dai sekalian, mungkin ada dalam diri kita sifat memandang kebiasaan ini. Mungkin andai berjalan-jalan di tengah bandar mungkin akan timbul didalam hati kita bahawa remaja-remaja islam yang berjalan berdua berpegangan tangan, yang berpelukan, yang bermesra bersama adalah kebiasaan. Mungkin andai melihat orang-orang cina dan india memakai separuh bogel adalah kebiasaan. Mungkin andai melihat saudara perempuan seislam kita yang menayangkan rambut, memakai baju ketat, memakai skirt adalah kebiasaaan. Mungkin andai melihat saudara lelaki seislam kita yang tidak menutup aurat adalah kebiasaan. Malahan bukan sahaja di tengah bandar, fenomena ini lebih jelas menular di universiti. Segala-galanya hanya timbul dalam diri kita ialah kebiasaan. Apakah ini yang sepatutnya ada dalam dirimu wahai para dai ?. Ayuh, ikhwah yang dicintai, bukan ini yang patut ada, bukan ini yang patut hadir dihatimu. Sebaliknya adalah kebencian yang mendalam, inilah kemungkaran. Inilah kemaksiatan dan inilah penentangan terhadap hukum Allah. Pergilah mencegahnya dengan cara yang cukup berhikmah, andai tidak mampu cukuplah dengan kebencian. Ingatlah akhi, dalam menjadi seorang dai yang memikul risalah suci, bukanlah suatu yang mudah. Andai perkara sekecil ini kita tidak memandang berat, apatah lagi perkara yang besar.
Teringatku sebuah penafsiran sebuah hadith yang berbunyi,

“Barangsiapa melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan (kekuasaan), barangsiapa tidak mampu, ubahlah dengan mulut, andai tidak mampu, ubahlah dengan hati, dan sesungguhnya itulah selemah-lemah iman”

Ibnu Taimiyyah mengatakan didalam hadith ini mengatakan sesungguhnya pengubahan melalui hati adalah selemah-lemah iman, maka andai seseorang melihat kemungkaran dan tidak ada rasa benci terhadapnya, maka imannya ketika itu tiada.

Nauzubillahi min zalik. Moga dijauhkan dari diri kita sebagai seorang dai. Harap yang wujud didalam diri kita yang sebenarnya ialah, saat kita melihat kemungkaran ini berleluasa, iman kita mampu menyapa, mengetuk fikiran biasa kita, bahawa inilah kemungkaran, inilah penentangan terhadap islam, inilah penentangan terhadap Allah!!. Wujudkan rasa benci yang mendalam terhadap kemungkaran. Bukankah seorang dai itu menyampaikan kebenaran ilahi? Namun, andai melihat kemungkaran sekali pun, masih tidak wujud rasa benci terhadapnya, ketuklah hati kita, dan bertanyalah "Adakah benar diriku seorang dai? "

Kerna itu wahai duat sekalian, perancangan durjana kafir laknatullah cukup hebat. Masakan kita didalam kehidupan di atas bumi Allah seolah-olah sudah hampir terikut sama dengan arus perancangan mereka ini. Lihat sahajalah disekitar kita, bukankah budaya dan corak kehidupan dari serangan pemikiran si kafir ini telah mengubah masyarakat dunia. Usah lihat pada faktor besar seperti negara-negara besar arab yang memang jelas menjadi dalang kehancuran islam, lihatlah kepada keluarga kita sendiri. Lihatlah bagaimana hiburan itu seolah-olah sudah lali dengan mereka. Lihat bagaimana ghuzwul fikr yang dibawa melalui televisyen yang cukup membahayakan. Lihat bagaimana pengenalan pergaulan barat antara lelaki dan perempuan. Lihatlah bagaimana lagu-lagu barat yang merosakkan iman dan jiwa seorang muslim. Lihatlah bagaimana di tanam dihati-hati seorang islam dengan corak kehidupan barat yang menghancurkan. Lihat jua bagaiamana kesan rancangan kafir laknatullah ini hinggakan orang islam dinegara hanya tinggal nama sahaja..Sedarlah wahai para dai, mainan si penempah neraka inilah sebenarnya punca penyakit "kebiasaaan" ini.

Renunglah bagaimana serangan pemikiran dilakukan si laknat ini hinggakan kita sebagai dai sekali pun terkena sisanya hingga kita memandang kemaksiatan sebagai kebiasaan. Bukankah telah jelas firman Allah bahawa si laknat ini pasti tak pernah berhenti menghancurkan islam..

"Dan orang-orang yahudi dan nasara tidak akan rela terhadapmu selagi kamu tidak mengikuti agama mereka.." (al-baqarah:120)

"Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah.." (as-shaff:8)

Untuk itu wahai para dai sekalian, perkukuhkan imanmu. Usah biarkan mainan kafir ini jua mempengaruhi mu. Perkemaskan langkah kaki mu di dunia ini sebagai seorang dai. Tatkala melihat kemungkaran, perteguhkan imanmu. Tatkala berhadapan dengan serangan pemikiran ini, selamatkanlah dirimu dan jua jiwa-jiwa islam yang turut terlibat. Jaga setiap gerak gerimu sebagai dai kerna dai itu ibarat cahaya yang sering memancarkan sinar. Dan perbisikkan imanmu tatkala melihat manusia membuat mungkar dengan mengatakan,

“ya Allah, ini adalah kemungkaran dan aku tidak menyukainya. Ampunkanlah ia dan berilah hidayah kepadanya"

Dan selalu ingat wahai para dai, cuba jauhi medium-medium pembawa serangan pemikiran si laknatullah ini dan jagalah pandangan mata kita selalu dari terlibat dengan perkara maksiat yang merosakkan iman. Tidakkah firman Allah itu jelas dalam surah An-Nur ayat ke 30 & 31. . Jagalah diri kita dari menonton muvi ataupun drama yang tidak bermanfaat, bahkan seandainya siaran televisyen sekali pun. Elakkan diri dari mendengar lagu-lagu barat yang merosakkan diri. Jelas apa yang dikatakan Rasulullah dalam hadis,

"Daripada kesempurnaan islam seseorang itu ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya " (Hadis al-Tarmizi: Hasan)

Ayuh ikhwan wa akhwat, perkemas langkah mu wahai pejuang. Jadikanlah al-quran itu pakaian diri. Moga-moga kita sentiasa berada di bawah cintanya tuhan yang Maha Sempurna..

tulisan,
pecinta dakwah
- seorang manusia, hamba Allah, pecinta dakwah -



No comments: