Thursday, September 2, 2010

:: update ::


Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog ini, dikala dalam proses recovery ini, beri ruang masa sedikit untuk mencoret seuatu. Bahkan, bak kata mak, "Allah nak suruh ko rehat kejap ni, asyik ke hulu hilir je".


Jadi kesempatan berehat ini, adalah peluang untuk perkemas ibadah dan muhasabah. Ye la, 2-3 minggu kosong dari dakwah, bisnes, kesibukan dll.


Tak best dan membosankan. Hu~


Sebenarnya, kesempatan ini, nak mengucapkan berbanyak terima kasih, jazakumullahu khairan (moga Allah membalas jasa semua dengan kebaikan) pada semua yang datang ziarah,

mendoakan,

mengutip tabung derma,

memberi sokongan

serta mendoakan secara langsung dan tidak langsung.


Alhamdulillah sekarang makin pulih. Cuma jahitan dekat perut serta kaki kiri masih sakit-sakit. Mungkin raya akan dapat aktif semula.


Dekat bawah ini ada beberapa entry yang saya baru post. Bukan barula, sebab sajak-sajak lama yang ditulis dalam laptop dulu. Jadi, alang-alang ada masa, post je beberapa yang ok kot. Huhu. Kalau rajin boleh la baca. Tak sedap dan sukar di mengerti. -__-


Ok rasanya cukup takat tu. Dalam Ramadhan ini, jangan buang masa sangat.

Sebab setiap detik adalah berharga.


Tinggal 6 ke 7 hari lagi sebelum berlalunya Ramadhan ini.

Jadi gunakanlah dengan baik beribadah serta berdoa atas semua yang dihajati - dakwah, kesihatan, rezeki, syurga neraka, bisnes, masa depan dll.


Owh ya, sebelum habis, nak ucapkan ribuan kemaafan dan halal atas segala kekhilafan dan kesalahan yang diri ini dah lakukan, sam a ada sedar atau tak. Interaksi dalam dunia harian dan dakwah ini membuka peluang untuk insan marah dan sakit hati. Mudah-mudahan dijauhkan dan dilapangkan.


Dekat-dekat ramadhan dan raya ini, harapnya menjadi medan untuk saling bermaaf dan memberi maaf.


Last, selamat memecut 7 hari lagi dan salam aidilfitri!


Wasalam


- pecinta dakwah - 020910 - kepong

:: kemalangan ::


Ku membuka mata,

Badan terbaring atas katil,

Mulut tertutup dengan bantuan pernafasan,

Kaki dan badan sakit-sakit,

Ku jadi binggung,


Sebentar tadi aku baru pulang,

Kini aku sudah diatas katil,


Sebentar tadi aku berpijak pada hari khamis,

Kini aku sudah dihari ahad,


Masa dan kemampuan adalah haq Allah,

Bisa di putar dan di anjak dengan mudah,

Aku manusia, hanya bisa mengharap dan berdoa,


Kini aku merenung jauh,

Kudrat yang lemah dan tiada daya ini,

Hanya bisa meraung dan merintih kesakitan,

Musibah semalam mengajar sejuta hikmah,


Ukhuwah dan tarbiyyah imtihan mendidik hati

Agar kenal erti sebenar bicara seorang insan,

Yang masih harus ada tali pengharapan

Pada Allah yang Kekal Satu


Semalam,

Ku teringat puluhan yang hadir ke hospital dan rumah,

Dari kawan SMKAKL,

Dari kawan UTP,

Dari ikhwah akhwat seperjuangan,

Dari kawan kepada kawan,

Semuanya bawa sejuta erti dan warna,

Seribu bicara dengan secebis harapan,

Sekelumit doa dan sebuah semangat,

Untuk aku jauh merenung,

Meletakkan kembali sebuah semangat,

Kerna hari esok masih ada,

Kerna harapan itu masih ada,


Kini,

Kesakitan dan kesedihan,

Mengajar aku,

Aku perlu menapak ke depan,

Laju dan tidak berpaling,

Mengukir sebuah cita,

Dan mengulit sebuah harapan,

Agar belajar dari kisah silam,

Untuk tidak ulang kisah lalu,

Walau kadang air mata mengalir,

Mencari sinar cahaya,

Untuk aku baiki kerosakan,


Kini kepastianku berbicara,

Hingga lisanku perlahan mengalunkan,

"Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun"

Agar aku belajar sesuatu,

Ujian ini adalah sentuhanMu,

Musibah ini adalah penghapus dosa,

Untuk aku kenal sebuah tanda,

Tanda yang bersulam cinta,

Sebuah tanda,


Engkau masih ada sayang padaku,

Masih ada sayang padaku,

Masih ada sayang padaku,


Terima Kasih ya Allah.



21 Ogos 2010 - Menjalara Kepong

Selepas keluar wad

:: seorang da'i & sang murobbi ::

Ketika setiap insan terlena,

Sang da'I bangkit dengan dayanya yang sedikit,

Ia merenung jauh dengan gelora perasaan,

Ia terpencil kerana keadaannya,

Namun kuat tekad dan tadhiyyahnya,


Entah siapa yang tahu amalnya yang disembunyi,

Entah siapa tahu keazamannya yang tinggi,

Mereka pasti tidak tahu siapa itu sang da'I,


Ketika dakwah mula berkembang,

Sang da'I cuba menolak upayanya,

Cuba bina identiti yang kadang tidak mampu,

Cuba jadi macam-macam buat dakwahnya,

Perlahan dan perlahan ia menapak,

Walau selalu sakit dilanggar ombak,


Ketika sang da'I menjadi murobbi,

Perasaan dan harapannya tinggi,

Matanya sentiasa merenung anak halaqahnya,

Fikirannya sentiasa memikirkan anak halaqahnya,

Jiwanya juga sentiasa merisaukan anak halaqahnya,

Pasti anak halaqahnya dulu dari dirinya,


Kadang, anak halaqahnya futur,

Sang murobbi itu cuba bersungguh menguatkan mereka,

Sepenuh kudrat menabur nasihat,

Sekelumit peluh menatang kasih sayang,

Sehabis masa cuba merapat,

Tetap dan tetap


Kadang, anak halaqahnya meragam,

Ia minta ini dan itu,

Sang murobbi sentiasa melayan dengan senyuman,


Kadang ia merungut,

Sang murobbi perlahan bersabar dan nasihat,

Tetap dengan senyuman,


Kadang ia mengadu,

Hingga tengah malam ia bermesej dan telefon,

Sang murobbi sentiasa komited,

Sabar dan menanam harapan melayan mereka,

Tetap dengan senyuman,


Namun,

Apakah mereka tahu,

Iaitu insan dan anak halaqahnya,

Sang murobbi dan da'I itu,

Waktu malamnya merungut pada Allah,

Kakinya sakit berdiri bertahajud,

Masanya tiada agenda rehat,

Kudratnya selalu sakit-sakit,

Dan jiwanya selalu terguris,

Bahkan hatinya, terkadung sejuta perasaan rahsia


Ketika menunggang motonya,

Ia selalu menutup visor helmetnya,

Bukan kerana takut habuk dan kotoran,

Hanya kerana ia ingin menangis buat pengaduan,

Sepi cuba cari Allah,

Perlahan cuba berbicara dengan Rabbnya,

Cuba letak tekad dan kuatkan sabar,

Agar insan dan anak halaqahnya tidak tahu,

Tetapi Kekasihnya perlu tahu.


Dan sang murobbi itu tetap seperti itu,

Cuba pencar jadi seorang da'I,

Walau ia tahu, dirinya tidak mampu,

Apatah lagi kekeringan daya,

Tapi ia tidak kenal lelah,

Tetap cuba melangkah,

Dan akan terus melangkah.


Kini, ia merenung jauh,

Tiada guna beragam dengan syu'ur,

Kerana masa akan terus berputar,

Dan keyakinannya teguh seperti itu,

Untuk membuka sebuah ruang,

Agar mereka, insan dan mutarabbinya,

Sentiasa terus datang kepadanya,

Berbicara dengannya,

Mengadu padanya,

Berkongsi bersamanya,

Untuk ia terus memakai sebuah lencana,

Sebagai seorang da'I dan sang murobbi.


Dan ia pasti akan tetap seperti itu,

Akan tetap seperti itu,

Akan tetap seperti itu.


Istiqomah!



Nukilan ikhlas,

pecinta dakwah

MT - jam 0200, 30 julai 2010

:: monolog diri ::


Kali ini,

Air mata menitis lagi,

Kebuntuan yang menyesakkan dada,

Aku hancur dengan begini,

Dakwah dan diri aku bak angin deru yang hampa,

Menanti bayu menghembuskan yang terakhir,

Hingga kaku tiada lagu,


Apa iniwahai diri,

Patah semangat kah dirimu,

Mereka tidak memahami,

Perlukah menyalahkan mereka,

Mari bangkit dan selesaikan teka teki ini,

Cari corak yang sesuai buat kekalutan ini,

Hampa dan henti,

Sepastinya itu jawapan yang hina,


Apa ini wahai diri,

Usap air matamu,

Beginikah da'I menlayan ujian,

Buntukah kau dengan harapanNya,

Hulurkan tanganmu ke langit,

Jeritkan asma Rabbmu,

Kuat dan gempakan arasy,


Lemah nya dirimu,

Lihat dirimu,

Apakah ini cita-citamu?

Perlukah dakwah itu hancur,

Dengan kebodohanmu sendiri,


Bagaimana ini,

Sejuta cara aku tawarkan,

Apakah tiada pintu untuk sedikit peluang,

Seolah tiada kunci yang tepat,

Merapat dan tertutup ketat,

Dakwah ku makin sepi,

Jiwa ku bukan ini,

Bahkan bukan ini, Dan tidak ini.


Apa ini wahai diri,

Engkau kabut, Pikirmu serabut,

Layan perasaan meracuni diri,

Hentikan tangismu,

Bukan ini coraknya,

Ini hanya terus membunuh hati,

Membuntukan lagi teka teki,

Susun atur langkahmu,

Jalan ini ceritamu,

Ceriakan dengan kematangan,


Wahai Tuhan,

Aku perlukan keajaibanMu,

Bantulah aku..



Nukilan ikhlas : pecinta dakwah

26 Januari 2010

:: sebuah hijrah ::


Kenapa ya akhi,

Kelihatan sedih dan pilu,

Sayup meninggalkan keluarga?

Kasih sayang dan cintaku masih disana,

Memerlukan dan diperlukan,

mungkin ini kata yang sesuai,


Namun, tak mengapa,

Ku lakukan demi dakwah dan cinta ku pada Allah,


Disini,

Ada ikhwah ku, saudara seperjuanganku,

Imanku terjaga,

Jika mereka tiada pun,

Aku rasa lebih rapat dengan Mu,


Aku..kini..harus jadi matang dan kuat!

Mari uruskan maisyah mu

Urusin dakwahmu

Jihadmu


Aku bersegera kepadaMu.

Iringi ku dengan pertolongan Mu

Gunakan segala apa yang ada padaku,

Aku pinjamkan segalanya buatMu,

Tubuhku, Masaku, Hartaku,

Kemaskannya utk memenangkan agamaMu,


Redhoi hambaMu ini..



Hari pertama di MT

Nukilan ikhlas : pecinta dakwah

Jam 1735 - 04 Februari 2010